GPMS DESAK PDRM AMBIL TINDAKKAN SEGERA UMANY
GPMS DESAK PDRM AMBIL TINDAKKAN SEGERA UMANY
KUALA LUMPUR – Berang dengan tindakan biadab bukan sekali sebaliknya berkali-kali sehingga tercetusnya kemarahan, pihak berkuasa diminta untuk segera mengambil tindakan paling keras terhadap University of Malaya Association of New Youth (UMANY).Lebih 30 laporan polis telah dibuat oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) seluruh negara, Pemuda UMNO serta Puteri UMNO juga NGO lain terhadap persatuan pelajar ini.Menurut jurucakap GPMS Wilayah Persekutuan,
Khairul Rizam Abu Samah, pihaknya sudah muak dan langsung tidak dapat menerima perbuatan UMANY yang semakin hari semakin melampaui batas.“Sudah beberapa mereka terlepas, isu demi isu yang ditimbulkan oleh kumpulan ini yang menyebabkan keadaan tidak senang dan huru hara akhirnya akan terlepas begitu sahaja.“Kali ini kita berharap polis serta pihak berwajib seperti Universiti Malaya akan bertindak lebih keras seperti haramkan persatuan ini selain mengambil apa-apa tindakan ke atas mereka supaya yang lain dapat dapat ambil iktibar. itu, Khairul Rizam juga sedang menyiapkan sebuah memorandum yang bakal diserahkan kepada pengurusan UM dalam masa terdekat berhubung kebiadapan UMANY.“Kita serius dalam isu ini, tindakan mereka merupakan provokasi melampau terhadap intitusi Raja Berpelembagaan di Malaysia.
Begitu mudah menuduh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mencampuri hal ehwal politik negara.“Walhal titah YDPA adalah supaya parti-parti politik di Malaysia bekerjasama menjayakan Sidang Parlimen akan datang dan bekerjasama meluluskan Belanjawan 2021 dengan mengutamakan keperluan rakyat daripada matlamat politik.“Titah YDPA juga telah dijunjung oleh ketua-ketua parti politik kerajaan mahupun pembangkang. Jadi UMANY sepatutnya sedar diri bahawa mereka tiada hak untuk bercakap bagi segelintir pihak dengan berselindung di bawah sebuah persatuan pelajar,” ujarnya. UMANY dalam Facebooknya kelmarin dilaporkan berkata, Malaysia telah meneruskan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sejak penubuhannya.
Maka, di bawah sistem itu, walaupun Malaysia mengekalkan sistem monarki, raja hanya mempunyai status simbolik yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.Menurut persatuan itu, Artikel 40, perenggan 1A Perlembagaan, Ketua Tertinggi Persekutuan (YDPA) harus bertindak sesuai dengan nasihat yang dibuat oleh Kabinet.“Sama ada melantik Ketua Hakim, duta diplomatik atau bahkan meluluskan berbagai undang-undang di Parlimen, raja tidak mempunyai wewenang,” kata UMANY.Persatuan itu menyatakan pendiriannya iaitu Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mencampuri urusan negara, tetapi perlu sentiasa menjaga sikap berkecuali dan memainkan peranannya dalam kerangka yang dibenarkan oleh Perlembagaan.Bagaimanapun hantaran di aman Facebook itu telah dipadamkan. –MalaysiaGazette